Saturday, September 12, 2009 11:41 PM
Malam Lailatul Qadar_Night of Decree
“Malam lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan,” (al-Qadr, ayat ketiga).Malam Lailatul Qadar dianggap istimewa kerana didalamnya terdapat berbagai keutamaan yang tidak bisa ditemukan pada malam-malam yang lain.
Keutamaan Malam Lailatul Qadar:1. Malam itu sangat mulia dan memiliki nilai sangat agung2. Ketaatan yang dikerjakan dimalam itu memiliki nilai dan pahala yang sangat tinggi3. Orang-orang yang biasa-biasa saja akan menjadi mulia dan bernilai jika dia menghidupkan malam Al-Qadr dengan berbagai Ibadah.4. Di malam itu Allah menurunkan Al-Qur’an kepada Rasulullah.5. Di malam itu turun para malaikat yang berkedudukan tinggi.6. Di malam itu Allah menurunkan kebaikan, rahmat dan ampunan yang tiada tara.7. Di malam itu bumi menjadi sempit karena kehadiran para malaikat yang tak terhitung jumlahnya.8. Di malam itu Allah menentukan apa yang Dia kehendaki, seperti rezeki, umur, kematian dan sebagainya.
Waktunya:“Hakikatnya tiada siapa mengetahui bila malam lailatul qadar akan berlaku termasuk Nabi Muhammad sendiri. Dalam satu kisah yang diriwayatkan Imam Muslim, diceritakan yang Rasulullah hampir memberitahu sahabat mengenai waktu berlaku lailatul qadar tetapi akhirnya tidak kesampaian,” katanya.
Selepas kerap ditanya sahabat, Allah SWT akhirnya memberi wahyu kepada Rasulullah dengan menerangkan bilakah berlakunya malam lailatul qadar.
“Selepas menerima wahyu daripada Allah SWT, Baginda berjalan untuk menemui sahabat bagi memberitahu tanda berlakunya malam itu. Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, Baginda menemui dua sahabat yang sedang bertengkar."
“Baginda kemudian sibuk meleraikan pertengkaran dua sahabat itu dan akhirnya Rasulullah SAW terlupa tarikh atau masa malam al-Qadr seperti diwahyukan Allah,” katanya.
Kalangan ulama berpendapat bahawa antara hikmah terlupanya Rasulullah SAW akan tanda-tanda malam lailatul qadar adalah supaya manusia berusaha sendiri mencari malam berkenaan.
“Jika Nabi Muhammad SAW sudah memberitahu waktu berlakunya malam lailatul qadar, maka tidak ramai lagi umat Islam akan berusaha sebaliknya hanya menunggu dan beribadat pada malam itu saja dan tidak pada malam lain.” --> Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan” [Hadits Riwayat Bukhari 4/225 dan Muslim 1169]"Sesungguhnya malam Nisfu Syaaban itu menutup dosa-dosa setahun, malam Jumaat menutup dosa seminggu and malam Lailatul Qadar menutup dosa seumu hidup"
http://nurjeehan.hadithuna.com/2007/10/malam-lailatul-qadar-anugerah-teristimewa/